~~bLoGgEr UiTM~~

~~bLoGgEr UiTM~~

KoMUnItiE BlOggER

Peminat SAcrewz

Monday, May 6, 2013

..: Karnival Sukan FSKM 2013 :..

Assalamualaikum semua...

Entri kali ni mau cerita pasal aktiviti cuti semester...SA xkije pon cam cuti2 sebelom ni...bukan kerna malas, cuma banyak kije lain perlu diselesaikan...Xde la sibuk mana pon,saje nak sibukkan diri jer...HaHaHa..

Pada 19-21 April 2013,SMF FSKM Shah Alam telah mengajurkan Karnival Sukan FSKM 2013. Karnival ini melibatkan sumer fakulti FSKM dari UiTM Se-Malaysia. Karnival Sukan ni merupakan kali ke-3. Motif Karnival Sukan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat sukan dikalangan mahasiswa FSKM untuk mewakili fakulti dalam Sukan Antara Fakulti (SAF). 


Seramai 34 peserta yang mewakili FSKM UiTM (Terengganu). Fuhh!! First time jadi ketua projek memang penat..nak cari peserta ni bukan main susah GILER la..mane xsusah,sumer budak diploma tengah cuti masa ni..tapi Alhamdulillah dapat cari jugak walaupun xhantar semua game..

Sedikit gambar SA sediakan untuk tatapan pembaca...

Team Bola Tampar 

Kotinjen UiTM (Terengganu) buat persembahan.

Apakah yang berlaku?

Semua peserta bergambar bersama urusetia.

Setakat tu saje utk entri kali ni.Jumpa lagi di lain entri..Wasalam.
.

Sunday, April 28, 2013

..: Sayonara Semester 4 :..

Assalamualaikum semua ...

Maaf la lama SA xpost di sini...bukan sebab sibuk pon,cuma line tenet cemburu..kalau ada pon line Hasnet Wifi kat kampus,kalau nak laju2 nanti pukul 2-3 pagi jawabnya.. Bila la agaknya kampus nak langgan Unifi? #eh.?

Berbalik pada tajuk entri di atas...SAYONARA? eh,SA belom grad lagi laa...tu bermaksud selamat jalan.. maka,bermula lah cuti semester yang agak panjang jugak la. *kalau diukur dengan pembaris.*

Sepanjang semester 4 ni, SA banyak melibatkan diri dalam sebarang event yang dianjurkan oleh universiti mahupun mahasiswa sendiri.Hanya gambar je dapat menceritakan segalanya...Jeng3x..

Gambar ketika S dan beberapa pemimpin2 mahasiswa bermesyuarat di Anggulia Beach Resort,Marang.

MeKeM 2- Mesyuarat yang dihadiri presiden2 kelab dalaman bagi membincangkan isu2 yang berbangkit.

SA terpilih menyertai Kem Pemantapan Diri di Kem Gemia,UiTM Dungun. 

Pesta Buku 2013- Anjuran GPMS cawangan Khas UiTM (Terengganu).
Setakat tu jelah yang SA boleh kongsi nge pembaca2...Sekian,terima kasihh... =)

Monday, December 24, 2012

: Musim Hujan Kembali :

Assalamualaikum sumer..

Pekabo?? Masih hujan ni,tido best kan? hee..diharap xde laa mandi hujan,lebih2 lagi kawasan yang da bnjir tu...takut dapat penyakit free plok...bukan ape,kita xtau ape yg terkandung dlm air banjir tu..Hmm.. Ok,hari nie entry akan menceritakan pasal banjir je,sebab SA tengok ramai duk update status,tweet pasal banjir jer sejak semalam...


Sekarang di pantai timur da masuk musim tengkujuh...biasa la,yang mana duk tepi pantai tu tau la ape maksud musim tengkujuh... Kebiasaan,para nelayan xkan turun ke laut pada musim ini,kerna ombak yang besar akan tiba..tapi ape yang SA dapat lihat 2 hari ni,bandar Kuantan tetiba da mengalami banjir kilat semalam...sampaikan car park dipenuhi air,habis laa kereta2 yang tengah parking masa tu ditenggelami air...

Kepada siswa/i UiTM (Terengganu),kampus korang masih selamat lagi,jangan nak bagi alasan kampus banjir laa..hujan laa..bese la,da masuk musim dye nie..korang juga diingatkan ade jalan2 utama suda ditutup.Jadi,guna la jalan alternatif dan semoga selamat sampai..oke,sampai sini jelah...SA nak tido dulu yer..

[Info banjir di negeri Kuala Terengganu]


Monday, November 5, 2012

..: Update Status Dalam Kubur?? :..

Assalam semua...haa...hari nie SA nak kongsikan satu cerita untuk jadikan renungan...Moga kita semua fikirkan apa yang kita sudah lakukan di dunia pinjaman ini....Insya-Allah...

Bermula laa kisahnya...

Suatu malam, sebelum tidur si anak bertanyakan ayahnya.

Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"

Ayah: "Tak boleh sayang.."

Anak: "Kalau adik nak update juga?"

Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur setelah mati, mungkin ini statusnya:

1. "Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya kepala dia!"

2. "Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking besar-besar!"

3. "Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah keluarkan daku dari tempat yang menakutkan ini!"

4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri dihimpit bumi kiri kanan)"

5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu ini..aku bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!"

6. "Ya Allah! Panas membakarnya seluruh tubuhku ini! (tubuh dipanggang)

7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..."

8. "Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!"





[Gambar Hiasan]- Kita sememangnya xdapat buat ape2 bila sudah kembali kepada-Nya..



Adik: "Boleh tak kembali ke dunia setelah mati?"

Ayah: "Sesungguhnya sudah tidak ada peluang kedua lagi apabila jasad telah terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata darah sekalipun, tidak lagi akan dikembalikan ke dunia."

Adik: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update ya.."

Ayah: "Ya tak boleh. Update facebook tidak perlu. Update iman dan akhlak sangat perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka yang lalai dengan facebook akhirnya akan update status-status seperti ayah ceritakan tadilah. Orang-orang yang melebihkan facebook, twitter melebihi Tuhannya, akan mengalami situasi-situasi tersebut. Adik mahukah begitu?"

Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya menyerahkan iPad kepada ayahnya.

Adik: "Ayah simpanlah benda ni. Adik tak perlukan. Esok ayah tolong carikan adik tempat belajar Quran ya. Adik nak belajar mengaji."

Ayah tersenyum memeluk anaknya. Mengucup lembut anaknya. Moga jadi anak yang soleh hendaknya. Amin..



Akhir kata dari SA...renung-renungkanlah....

Tuesday, October 23, 2012

..: Tahniah dan Syabas :..

Assalamualaikum semua...

Apa khabar.?semoga kalian sihat2 saje kehendaknya...oke..disebabkan hari yang cerah nie,SA nak post entri tentang kejayaan baru nie...kejayaan ape?jom terjah!!


[pahlawan MERAH vs Askar]

[mesra]- Kapten ATM (Hai-O) bersama Kapten Kelantan (Piya)

Sabtu baru nie,perlawanan final Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dengan ATM...mesti korang tengok kan...fuhh...!! betol2 final nie,xpernah dalam sejarah berpesta gol masa final...kejayaan final berpihak kepada skuad kijang a.k.a 'The Red Warriors" dengan jaringan 3-2...SA pon xpandai nak ulas bab bola sebab xmelibatkan skuad kesayangan SA,iaitu "skuad Penyu" (TERENGGANU FC)..hee =)

[Gomo Kelate Gomo]- Tahniah dengan kejayaan 3 piala musim ini..
SA mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan Kelantan mahupun penyokong 'The Red Warriors' atas semangat yang telah ditunjukkan dan akan menjadi contoh kepada pasukan2 lain... "Gomo Qelate Gomo"

Haa...belom abih lagi tau...SA juga nak mengucapkan tahniah kepada skuad kesayangan dengan kemenangan di final Hoki Piala Tun Abdul Razak semalam....hee,jadi SA nak selitkan laa sekali dalam entri ni...marah?ni kan blog SA..simpan je marah tu..hmmm.. =)



(sambung cerita)..Oke..semalam skuad penyu berjaya menumpaskan skuad tok gajah dengan jaringan 3-0... SA pon xtau nak ulas camne,sebab terharu skuad Terengganu berjaya mengalahkan skuad pilihan,KL di separuh akhir...Terengganu juga da melangkah jauh pabila da berjaya menguasai sukan air dan berbasikal.. SA amat berbangga dengan kejayaan negeri kelahiran sendiri...Terengganu juga mendapat hadiah berupa cek bernilai RM 10 000 (wow..banyaknya)..ni belom masuk imbuhan dari negeri...'Peteh Ganu Peteh'..

[Peteh Terengganu Peteh]- wajah kegembiraan pemain selepas dinobatkan sebagai juara..

Akhir sekali,SA mengucapkan sekali lagi tahniah dan syabas kepada Kelantan dan Terengganu menjadi juara dalam bidang sukan masing2...Insya-Allah,satu hari nanti ramai anak muda menyertai aktiviti berfaedah sebegini dan menjadi atlet yang berjaya di masa akan datang....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...